FEBRUARI 2026

PREMIER SARAWAK MENZIARAHI PUSARA AYAHANDA DAN BONDANYA


KUCHING, 27 Februari 2026 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menziarahi pusara ayahanda dan bondanya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Bandaraya Kuching tengah hari pada Jumaat. 

Beliau menziarahi pusara ayahandanya Allahyarham Tun Abang Haji Openg bin Abang Sapiee dan bondanya, Allahyarhamah Toh Puan Dayang Hajjah Masniah binti Abang Haji Abdul Rahman selepas selesai menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut. 

Abang Johari beserta tetamu lain membacakan surah Yasin yang dipimpin Imam Besar Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Haji Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi. 

Selepas bacaan surah Yasin, Abang Johari menabur bunga dan menyiram air mawar ke pusara ayahanda dan bondanya.

Hadir sama mengiringi beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif  Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir.